Dulu, aku selalu berjanji dengan diri aku, kalau aku dh create blog, antara topik pertama yang aku nak masukkan adalah tentang mengumpat. Kenapa topik ni yang aku pilih? adakah aku suka mengumpat? atau suka diumpat?...tak! aku benci dengan budaya mengumpat ni.....
Pernah tak anda mengumpat? tau tak apa maksud mengumpat?
Bagi aku mengumpat bermaksud menceritakan keburukan orang tanpa pengetahuan orang tersebut. ini berbeza dengan Fitnah kerana Fitnah adalah perkara yang tidak benar. tetapi mengumpat adalah menceritakan sesuatu keburukan yang benar tentang seseorang.
Untuk apa mengumpat? untuk kepuasan mungkin.....
Tahu tak apa hukum mengumpat? dah tentulah berdosa sama sepertimemakan daging saudara sendiri.
apa yang lebih menghairankan aku, golongan-goongan profesional dan orang-orang yang kita sanjung seperti guru, ustaz dan ustazah turut tidak terlepas dari mengumpat. layakkah seseorang yang suka mengumpat menjadi seorang guru? layakkah seseorang yang gemar mengumpat bergelar ustaz atau ustazah? sedangkan diri sendiri tidak terdidik, inkan pula hendak mendidik anak bangsa...?...
Kpeada sesiapa yang suka dgn budaya mengumpat, berubahlah...buanglah tabiat yang tidak berfaedah ini....sememangnya budaya mengumpat boeh memutuskan tali silaturahim dan menjatuhkan imej dan maruah diri anda...sedarlah....
Isnin, 19 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan