Sabtu, 14 November 2009

Hari Lahir.........Yang Lesu.....


14 November 2009, genaplah umur aku 27 tahun...hari ni antara hari yang paling penting dalam hidup aku....seronok mendapat msg sms dan mms dari kawan2 rapat yang masih mengingati hari jadi aku....tapi malangnya, orang yang aku paling sayangi, tak langsung mengucapkan "Selamat Hari Jadi" kepada aku.....Aku tahu, aku hanya bertepuk sebelah tangan..hanya aku yang mencintainya...tetapi dia?............Terkilannya aku diperlakukan begini.......

Jumaat, 13 November 2009

Kerja Tak Dihargai..

Hari ni ada hari anugerah cemerlang.....aku memegang jawatan sebagai ketua ajk persembahan....seain tu, disebabkan sekolah aku ni cikgu sikit, aku tak kedekut tenaga..aku tetap bantu kawan buat keje2 teknikal, sumbang idea, kemas dewan dan lain2 lagi...tapi petang tadi masa majlis berangsug, aku tengok dalam buku program...aku cari nama aku...langsung tak ada nama aku dalam buku program...kenapa? apa salah aku? adakah AJK buku program sengaja tidak memasukkan nama aku atau mereka tak sengaja tercicir nama aku.....?...semua masih menjadi tanda tanya....aku akan panjangkan dalam mesyuarat jika ada post mortem nanti....aku amat terkilan dan marah dengan perkara ni...kerja bagai nak mampus, tapi tidak dihargai...

Jumaat, 6 November 2009

Tak dapat tukar..............


TAK DAPAT TUKAR...LETIH BERULANG SETIAP HARI........

Sabtu, 31 Oktober 2009

Rindunya!!!



Rindunya...itulah yang dapat aku ucapkan di dalam hati apabila bangun dari tidur pagi tadi...Aku terlalu rindu padanya....aku memeluk bantal peluk ku seoah-olah aku sedang memeluknya dengan penuh kasih sayang....Bila agaknya kita akan bersatu seperti pasangan-pasangan bahagia yang lain?...Aku tidak sabar-sabar agi untuk memiliki dia dengan mutlak tanpa ada sesiapa yang boleh merampasnya dari aku....




Aku rindu...rindu sangat-sangat....Sekarang dia berada agak jauh dari aku...sukar untuk kami berjumpa...kami hany mampu meluahkan rasa rindu melalui SMS dan Telefon.....KAdang2 YM...itulah saja cara aku melepaskan rindu aku padanya.......Sampai bila agaknya aku harus menanggung rindu ini?..




Rindu sebenarnya satu perasaan hanya untuk insan tercinta.....tetapi kerap kali perasaan ini akan membebankan fikiran.....aku tidak suka dengan rasa yang menggangu ini....tetapi apakan daya, rindu ini kurniaan tuhan......aku tidak mampu memusnahkannya...aku rindu padanya....




I MISS YOU.....I LOVE YOU MY DEAR.....


Rabu, 28 Oktober 2009

Tengah Tunggu Surat Tawaran Kursus Biro Tatanegara




Tengah Tunggu Surat Panggilan Dari BTN.....Bila la nak dapat gi Kursus ni......?..Nak Naik Gaji ni!!!


Gambar-gambar Kekecewaan...























Hati Ku Luka Lagi...



Terima Kasih Atas Perbuatan Mu Kepada Ku..........

Aku akan ingati detik-detik yang amat bermakna semasa kita bersama....

Semoga kau bahagia bersama dia...


Lupakanlah Aku.....


Aku tidak dapat lagi menerima kamu...


Walau pun hanya sebagai kawan biasa......

Tapi, hanya satu yang perlu kau tahu....

Ungkapan yang tidak pernah terucap oleh ku sepanjang kita bersama...

"Aku teramat sangat mencintai Mu...."

"I love you!" "I Love You!" "I Love You!"

Selamat Tinggal Sayang ku......

Ahad, 25 Oktober 2009

Tenang Tanpa Cinta














Tesco Oh Tesco......






Pernah pergi shoping ke tesco / tesco extra? Barang2 kat sana agak murah berbanding dgn hyper market yang lain....
Aku jarang shoping di tesco/ tesco extra...Tapi hari ni, nak beli cerek elektrik yang dah rosak, aku pergi juga ke tesco extra di seberang Jaya...
Seronok sbb di tesco, customer tak perlu beratur panjang untuk bayar....Lihat saja sign board kat atas tu...betul kan tak perlu beratur panjang...kalau ada 2 troli di depan kita, terus 1 lagi kaunter lain akan dibuka....Kenapa? Tak percaya? Betulllll......kalau tak percaya, tengok gambar kat bawah pulak....
Aku customer yang ke 4... Kat belakang aku ada lagi 3 customer.......Aku keliru....









Khamis, 22 Oktober 2009

Kenapa Nick Name Aku Allan Curts????



Kenapa Nick Name aku Allan Curts? Semuanya bermua gara2 nak daftar myspace..Masa tu tak nak guna nama sebenar...So, mula la fikir nama yang bukan2...Pas tu, teringat salah satu watak daam filem JUMANJI lakonan robin william yang bernama Allan...terus la aku ciplak nama tu...Curts pulak?...Biasanya kalau nak buat e-mail mesti kena ada first name dan last nama...Firts name dah letak Allan...sekarang nak tulis last name pulak...nak letak nama apa ni?..tiba2 terbayang mu
ka wrestler dalam WWE, kurt angel....tapi tan nak bagi sama ejaan, terus la jadi curts...so, itulah asal usul Allan Curts..........
So, jangan salah fa
ham...bukan nak bangga dgn nama omputih, bukan nak tukar agama
...sekadar Nick Name sahaja...Ha..ha..ha......ha.....




Selasa, 20 Oktober 2009

Tiket Percuma Dari GSC CInema Sempena Hari Jadi



Hari ni seperti biasa aku akan cek e-mail. Tak banyak e-mail yang ada. Semuanya dari Myspace. Salah satunya dari GSC Cinema. Semua tak menarik minat aku. Aku dah tick semua e-mail tadi untuk delete. Tapi, tiba2 aku tertarik pula untuk membaca isi kandungan dari GSC. Mungkin ada movie update untuk kaki wayang macam aku ni....
Aku pun buka...Wow!!!! Free Movie Ticket...Bestnya dapat hadiah untuk hari jadi aku ni.....dapatlah aku gi tengok wayang free bulan depan......
Tak sia-sia jadi member untuk GSC Cinema..
Kepada rakan2 yang berminat untuk jadi member, sign up je kat www.gsc.com.my . Insyalah, dapat benefitnya.....

Isnin, 19 Oktober 2009

Mengumpat.......

Dulu, aku selalu berjanji dengan diri aku, kalau aku dh create blog, antara topik pertama yang aku nak masukkan adalah tentang mengumpat. Kenapa topik ni yang aku pilih? adakah aku suka mengumpat? atau suka diumpat?...tak! aku benci dengan budaya mengumpat ni.....
Pernah tak anda mengumpat? tau tak apa maksud mengumpat?

Bagi aku mengumpat bermaksud menceritakan keburukan orang tanpa pengetahuan orang tersebut. ini berbeza dengan Fitnah kerana Fitnah adalah perkara yang tidak benar. tetapi mengumpat adalah menceritakan sesuatu keburukan yang benar tentang seseorang.

Untuk apa mengumpat? untuk kepuasan mungkin.....

Tahu tak apa hukum mengumpat? dah tentulah berdosa sama sepertimemakan daging saudara sendiri.

apa yang lebih menghairankan aku, golongan-goongan profesional dan orang-orang yang kita sanjung seperti guru, ustaz dan ustazah turut tidak terlepas dari mengumpat. layakkah seseorang yang suka mengumpat menjadi seorang guru? layakkah seseorang yang gemar mengumpat bergelar ustaz atau ustazah? sedangkan diri sendiri tidak terdidik, inkan pula hendak mendidik anak bangsa...?...

Kpeada sesiapa yang suka dgn budaya mengumpat, berubahlah...buanglah tabiat yang tidak berfaedah ini....sememangnya budaya mengumpat boeh memutuskan tali silaturahim dan menjatuhkan imej dan maruah diri anda...sedarlah....

Dendam...Maaf...

Beberapa hari yang lepas, aku ada perselisihan faham dengan rakan sekerja...bagi aku, dia tidak pandai menjaga hubungan baik antara rakan sekerja...tidak perlulah aku memberitahu apa masalahnya....

Sejak dari hari itu, hati aku memangberdenyut-denyut. berdendam.... aku cuba untuk tidak memikirkan masalah itu..Tetapi tidak berjaya...Pada saat itu, muncullah segala macam cara yang tidak baik...antaranya "Bomoh"...Tapi, nasib baik aku tak kenal mana-mana bomoh...kalau tidak, selamat lah dia....

3 hari 3 malam aku tension dgn masalah itu...aku tercabar, aku berdendam... aku pernah berdoa pada doa supaya ditenangkan hati aku...

semalam dengan tidak dirancang, aku telah tertonton halaqah di TV9 membincangkan tentang maaf dan pendamaian....hati aku terasa sejuk tatkala erdengar ceramah yang penuh berisi itu....pagi tadi ppula tanpa diduga aku telah tertonton Motivasi pagi di TV3 membincangkan tenatng "marah"...Kali ini hati aku yang suam semakin sejuk...setelah selesai mendengar ceramah, sungguh aku tak sangka, hati aku tenang sekali....aku ke tempat kerja seperti biasa tanpa ada perasaan negatif pada diri aku...aku bersyukur kepada tuhan kerana memakbukan da aku...walau pun aku bukan seorang yang patuh dgn ajaran agama....terima kasih......